Isnin, 11 Mei 2009

KUASA IMPIAN DI SMK SIS PASIR MAS


SMK Sultan Ibrahim telah menjemputku untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah yang baru sahaja melaporkan diri pada hari ini. Program pendaftaran pelajar PPU bermula hari ini dirasmikan oleh YBhg Dato' Hanafi bin Mamat Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas. Seperti biasa selepas majlis perasmian berakhir aku memulakan ceramah pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Aku seronok dan pelajar-pelajar juga seronok dengan persembahan yang aku berikan. Masing-masing memberikan penyertaan yang aktif terutama ketika sessi soal jawab.Aku selaku AJK PIBG di sekolah tersebut sudah tentu memberikan komitmen yang tinggi terhadap anak-anak didik di SIS tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan