Jumaat, 30 Disember 2011

CHANGE ORGANIZATION 20-22 SEPTEMBER 2011






Bertempat di Kem Tentera Udara Sungai Besi aku telah mengedalikan kursus Organization Change utk pegawai tetap pangkat rendah. Terdapat 12 Modul dalam program Organization Change tersebut antaranya ialah Modul 1 Pengenalan Perubahan, Modul 2 Perubahan, Modul 3 Internal & External Forces for Change, Modul 4 Models of Change, Modul 5 Organizational Development, Modul 6 ADKAR Model, Modul 7 Lewin's Change Model, Modul 8 Slide Show, Modul 9 Communication, Modul 10 Team Building, Modul 11 Leadership dan Modul 12 Change Implementation Plan...

Isnin, 12 September 2011

KURSUS RESEARCH METHODOLOGY 1











Pada 6-9 eptember 2011 yang lalu aku telah memberikan "training" kpd pensyarah dari politeknik Nilai Negeri 9. Antara modul yg disampaikan ialah pengenalan penyelidikan, memahami maksud penyataan masalah, objektif masalah, definisi operasional, variables, pengukuran variables, pengumpulan data, pembentukan researh instrument, penyediaan proposal, literature review dan peserta disudahi dengan pembentangan Research Proposal masing-masing.

Ahad, 31 Julai 2011

CERAMAH "PERSONAL BRANDING"






Pada 30/7/2011 aku telah dijemput oleh Institut Sarjana Kelang untu memberikan ceramah motivasi kepada tudent kursus ICTnya seramai 40 orang. Tajuk yg diberikan kepada ku ialah Personal Branding dan Tip Menghadiri Temuduga. Dalam branding ini aku memfokuskan kita dinilai dalam aspek TIGER dm diri kita iaitu Talent, Interest, Goal, Experience dan Resources yg kita ada. TIGER ini akan membezakan kita dari yg lain. Dalam Tip2 menghadiri temuduga 3 aspek utama yg perlu kita beri perhatian iaitu sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Jumaat, 29 Julai 2011

KURSUS PEMBANTU TADBIR BERINNOVASI











Pada tanggal 27 & 28 Julai 2011 yang lalu aku memberikan perlatihan (training) kpd 40 kakitanganPembantu Tadbir dari JPA. Training diadakan di Mezzanine Floor Bangunan JPA Putrajaya. Antara modul yang aku sampaikan selama dua hari tersebut ialah Modul 1: aku dan organisasi, Modul 2: Komunikasi Professional, Modul 3: Pengurusan Tugas & Masas, Modul 4: Produktiviti & Kualiti Kerja, Modul 5: Kerja Sepasukan dan Modul 6: Menjalankan Mesyuarat & Penyediaan Minit. Kerjasama yg diberikan sangat seronok dan training dijalankan secara santai dgn pelbagai aktiviti yg diisi selaras dengan modul masing2. Terima kasih kpd JPA dan Bestpreneur Sdn Bhd.

Khamis, 14 Julai 2011

KURSUS OFFICE ADMIN & FILING SYSTEM






Pada 14/07/2011 baru2 ini ak telah mengendalikan kursus Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Dokumen dan Filling yang berkesan. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kontraktor Elektrik Malaysia (PERKEM) di Puchong PJ. Seramai 22 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut.

Selasa, 28 Jun 2011

KURSUS USAHAWAN DLM PENDIDIKAN






Tanggal 20-23 baru2 ini aku berada di Sungai Petani mengendalikan kursus pendidikan dalam keusahawanan untuk pensyarah dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah(PTSB) dan Politeknik Seberang Prai (PSP). Antara modul yang disampaikan termasuklah pengenalan keusahawanan, mengenalpasti potensi usahawan, program sokongan n pengalakkan usahawan, mengenalpasti perniagaan, pengurusan perniagaan, pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan (RP).

Jumaat, 17 Jun 2011

KURSUS PENGURUSAN STRESS











Pada 16 Jun 2011 saya teleh mengadakan training untuk beberapa orang ahli Persatuan Kontraktor Malaysia (PERKEM) di Puchong Prima, Selangor. Antara pengisian dalam modul tersebut ialah pengertian Stress, Punca Stress, Kesan Stress dan Cara Menangani Stress tersebut. Program sehari ditamatkan pada jam 5.00 petang.