Rabu, 28 April 2010

Isnin, 19 April 2010

CERAMAH TIPS BIJAK BELAJAR & PENGURUSAN MASA









Seperti biasa aku mengendalikan ceramah berkenaan di UM pada 18hb anjuran Institut Sarjana. Pelajar dari sekitar sekolah di Kuala Selangor seramai 100 orang sahaja dari tahun 4 hingga 6. Memulakan ceramah agak lewat kerana pelajar berkenaan datang dari jauh...tamat pada petang harinya...Aku mendoakan semua pelajar dpt mangamalkan semua petua yang telah aku berikan utk menjadi belajar yang berjaya...Insya Allah

Sabtu, 10 April 2010

CERAMAH BIJAK BELAJAR






Hari ini masih lagi aku memberikan ceramah bertajuk Bijak Belajar dan Mengurus masa dengan berkesan kepada pelajar dari SK Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor...Kebanyak pelajar adalah mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Aku seperti biasa memfokuskan kepada kenapa kita perlu mempunyai kemahiran untuk belajar dan bagaimana mengamalkan kaedah belajar yang berkesan. Aku juga berkongsi dengan pelejar tersebut dengan teknik membina jadual yang belajar yang berkesan. Kepada semua pelajar aku doakan selamat maju jaya dalam UPSR nanti dengan 5A...InsyaAllah

Sabtu, 3 April 2010

CERAMAH PROGAM PENYELARASAN TENAGA MUDA











Dah tiga hari aku berada di Kem Aura Bachok Kelantan kerana mengendalikan kursus kepada pegawai Belia & Sukan serta NGO Negeri Perak. Kursus bermula dari 1 - 3 April, 2010 itu dihadiri seramai 50 orang peserta dan urusetia JBS & NGO Perak tersebut. Aku mengisi slot ceramah Kepemimpinan, Kepengikutan, Kerja Sepasukan dan Komunikasi Interpersonal.