Sabtu, 9 Mei 2009

KEM KEPIMPINAN SMKSI KB
















Pada jam 10.00 malam aku telah memulakan ceramah bertajuk KEPEMIMPINAN yang dianjurkan oleh pihak SMK Sultan Ismail Kota BHaru, Kelantan. Ceramah bermula dengan aku memberikan definisi mengenai kepemimpinan dan kemudian aku ikuti dengan LDK (latihan dalam kumpulan). Ini terpaksa aku lakukan jesteru suasana dewan ceramah agak sempit dan rimas serta bekalan elektrik yang selalu tergendala. Ceramah diadakan di Chalet Sri Pantai, Melawi, Bachok. Walaubagai bagaimana pun aku seronok sangat-sangat dengan mereka berkongsi pengalaman. LDK dilakukan dengan memberikan beberapa tugasan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 85 pelajar kesemuanya. Mereka merupakan pemimpin kepada persatuan di sekolah yang berkenaan. LDK dibahagikan kepada tajuk perbincangan seperti defini kepemimpinan, jenis pemimpin, sumber pengaruh pemimin, komunikasi yang ideal bagi pemimpin, dan lain-lain. Setiap kumpulan membuat pembentangan masing-masing dan majlis berakhir pada 12.30 tengah malam. Akhirnya aku ingin ucapkan terima kasih kepada pihak PK Ko SMK Sultan Ismail Kota Bharu kerana sudi menjemputku mmberikan ceramah berkenaan. Terima kasih daun keladi ada peluang jemputlah lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan