Ahad, 27 Mei 2012

KURSUS USAHAWAN SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA












Pada 23 & 24 April 2012 saya telah mengendalikan kursus keusahawanan untuk sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Tanah Merah Kelantan. Kursus tersebut telah diadakan di D Mawar Resort Tanah Merah. Antara pengisian kursus ialah tentang Jatidiri Usahawan, Etika Keusahawanan, Kemahiran Interpersonal, Bual Bicara Perniagaan, Kreativiti dan Inovasi Dalam Perniagaan, Kemahiran Persumberan dan Rancangan Perniagaan.

CERAMAH MOTIVASI "THE POWER OF DREAM" SK TAMAN KOSAS















Pada 17 hb April 2012 saya telah menyampaikan ceramah motivasi kepada 120 orang pelajar SK Taman Kosas Ampang bertajuk "The Power of Dream". Ceramah ini anjuran PIBG SK Taman Kosas dengan kerjasama bahagian kaunseling sekolah berkenaan.

KURSUS BUDAYA KERJA POSITIF WORKERS INSTITUTE OF TECHNOLOGY












Kursus Sikap Kerja Positif bersama kakitangan Workers Institute of Technology telah diadakan selama 2 hari pada 7 & 8 April 2011 bertempat di Hotel Premier, Klang. Pengisian kursus dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada memahami apakah sifat-sifat kerja positif yang perlu ada bagi menjayakan sesuatu kerja dengan berkesan.