Isnin, 27 April 2009

KUASA IMPIAN DI SMK SUBANG







Hari ini 28/4/09 bertempat di SMK Subang seperti biasa aku menyampaikan ceramah motivasi bertajuk Kuasa Impian sebagaimana lazimnya. Peserta adalah dari kelas perakaunan seramai 70 orang. Ceramah dijalankan di Pusat Sumber sekolah...semoga adik-adik dapat memenuhi semua impian masing-masing...

Ahad, 26 April 2009

KUASA IMPIAN DI SMK MULONG








Pada 25/04/09 aku telah menjelajah ke SMK Mulong Kota Bharu Kelantan untuk berkongsi ceramah motivasi bagi pelajar Tingkatan 6 bertajuk Kuasa Impian. Demikian perjalananku menaburkan bakti untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar Tingkatan 6 bagi menyuntik semangat mereka agar-agar sama dapat menjejakkan kaiki ke universiti pilihan sebanyak 20 buah yang tersedia untuk menantikan kehadiran mereka. Terima kasih Tuan Pengetua yang telah memberikan aku ruang dan peluang untuk sama berkongsi pandangan dengan pelajar-pelajar di SMK Mulong...All the best

Sabtu, 25 April 2009

CERAMAH RISDA
















Pada 25/4/09 bertempat di SMK Pak Badol aku telah dijemput oleh pihak RISDA melalui konsultant yang juga sahabatku untuk memberikan ceramah bertajuk persiapan menghadapi peperiksaan dan membina peta minda. Empat buah sekolah yang terlibat iaitu dari SMK Baroh Pial Pasir Mas, SMK Gaal Pasir Puteh, SMK Pak Badol dan SMK Pangkal Kalong. Seronok dapat bersama-sama dengan pelajar tapi sayang masa yang diberikan begitu pendek tidak sempat untuk aku memberikan ceamah dengan puas hati terutama ketika sessi pembentangan peta minda pada setiap kumpulan.

Selasa, 14 April 2009

KUASA IMPIAN DI SMK DEWAN BETA






Seperti biasa pada 14/4/2009 aku telah mejelajahi sampai ke sekolah SMK Dewan Beta. Terima Kasih kepada tuan pengetua Hj Adnan bin Othman kerana telah memberikan peluang kepada ku untuk menyampaikan siri ceramah POWER OF THE DREAM kepada pelajar SMK Dewan Beta. Guru-guru yang proaktif mampu memberikan perangsang kepada pelajar-pelajarnya untuk mengukirkan kejayaan. Alhamdulilah aku sendiri telah melakukan yang terbaik sebagai insan kerdil dibumi Allah ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman dengan anak bangsa untuk mencapai kejayaan. Pengalaman dikongsi, ilmu dimanfaati, petua diberi, kejayaan ditemui. Ada juga sekolah-sekolah yang aku temui di mana terdapat guru besarnya tidak memberikan kerjasama untuk memberikan aku peluang menyampaikan ceramah hanya dua jam sahaja dengan pelajarnya Aku tidak rugi apa-apa, cuma aku terkilan kadang-kadang niat ikhlas kita disalahtafsirkan...aku tak putus asa banyak lagi pelajar-pelajar dipendalaman yang perlukan perkongsian ku untuk membina impian dan masa depan yang cemerlang. Aku bangga kerana dapat berkongsi membantu membina modal insan kelas pertama.

Sabtu, 11 April 2009

CERAMAH MOTIVASI- KUASA IMPIAN








Hari ini perjalanan ceramah ku diteruskan di sekolah SMK Salor pada sebelah pagi 8.00 pagi - 10.0 pagi. semantara di SMK Kota Bharu dari jam 11.00 pg hingga 1.00 tghari. Seronok dapa berkongsi idea dengan pelajar bag terus membimbing anak bangsa untuk menjadi insan yang terbilang di dalam pelajaran. Sambutan sungguh mengalakan dengan ceramah santai dan jenaka membuat pelajar tidak kering gusi ketawa. Semoga mereka semua akan mencapai impian masing-masing. Pelajar SMK Kota Bharu di jalankan ceramah berkenaan di surau sekolah manakala SMK Salor di dewan makan asrama.

Khamis, 9 April 2009

KUASA IMPIAN











Pada hari ini 9hb April, 2009 dan 7hb April yang lepas aku telah memberikan ceramah selama dua jam kepada pelajar di SMK Dato Perdana Bachok dan SMK Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas Kelantan. Program kelolaan SMK SID dijalankan di Yayasan Darul Hanan, Kg Tok Selehong, Tumpat Kelantan. Ceranah yang kukendalikan bermula jam 9.00 - 11.00 malam. Sementara program ceramah motivasi di SMK DP Bachok diadakan pada jam 12.00 - 2.00 petang. Seperti biasa tajuk ku kupas mengenai kepenting mempunyai impian dalam hidup dan strategi membina dan melaksanakan impian tersebut. Untuk memnbina impian kita perlu mempunyai K-kepercayaan, U-usaha, A-azam, S-strategi dan A-amalkan. Manakala selanjutnya I-imaginasi, M-menguasai, P-pintar, I-inisiatif, A-analisa untung rugi dan N-nekad.

Jumaat, 3 April 2009

KUASA IMPIAN





















Pada 2/4/2009 yang lalu saya berkesempatan memberikan ceramah utama saya bertajuk KUASA IMPIAN atau THE POWER OF DREAM. Kali ini dijalankan di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu. Seperti biasa kumpulan sasar saya ialah pelajar tingkatan 6 atas. Ceramah seperti biasa belangsung selama 2 jam di bilik auditorium SIC. Terima kasih kepada Tuan Pengetua SIC kerana memberikan satau peluang untuk berjumpa sekali lagi dengan bekas perserta saya dalam Kem Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN)