Rabu, 27 Mei 2009

KURSUS MOTIVASI KIR KESEDAR




Pada 27/05/2009 aku berada di Kesedar Inn kerena memberikan ceramah mengenai Pembentukan Keluarga Cemerlang dan Komunikasi Keluarga. Seramai 200 peserta Ketua Isi Rumah KIR Kesedar telah mengambil bahagian. Program dikendalikan oleh konsultan KHN Enterprise dan KESEDAR.

Selasa, 26 Mei 2009

KEM MOTIVASI KENDIRI KEMAS



































































Kem Motivasi Kemas telah diadakan dari 24-26 Mei, 2009 bertempat di Aura Trainin g Centre Bachok, Kelantan. Seramai 91 orang pelajar dari SMK Kubang Kerian I telah turut serta dalam program tersebut di mana aku terlibat secara langsung sebagai Ketua Facilitator dan memberikan ceramah dalam aspek Persepsi Masa Depan, Kemahiran Komunikasi Interpersonal dan juga Kaedah Penetapan Matlamat.

Khamis, 14 Mei 2009

KEM KOKO SMK KADOK (SEMENKA)





























Pada 7 & 8hb Mei aku melawat kem kepimpinan KOKO SEMENKA di Pantai Sri Aur Melawi, Bachok. Aku hanya meninjau sambil memberikan pandangan terhadap program tersebut bersama-sama dengan bekas peserta PJKN Siri 2/2008 yang lalu. Bersama Akma, Mimi dan Fatma...

Isnin, 11 Mei 2009

KUASA IMPIAN DI SMK SIS PASIR MAS


SMK Sultan Ibrahim telah menjemputku untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah yang baru sahaja melaporkan diri pada hari ini. Program pendaftaran pelajar PPU bermula hari ini dirasmikan oleh YBhg Dato' Hanafi bin Mamat Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas. Seperti biasa selepas majlis perasmian berakhir aku memulakan ceramah pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Aku seronok dan pelajar-pelajar juga seronok dengan persembahan yang aku berikan. Masing-masing memberikan penyertaan yang aktif terutama ketika sessi soal jawab.Aku selaku AJK PIBG di sekolah tersebut sudah tentu memberikan komitmen yang tinggi terhadap anak-anak didik di SIS tersebut.

Sabtu, 9 Mei 2009

KEM KEPIMPINAN SMKSI KB
















Pada jam 10.00 malam aku telah memulakan ceramah bertajuk KEPEMIMPINAN yang dianjurkan oleh pihak SMK Sultan Ismail Kota BHaru, Kelantan. Ceramah bermula dengan aku memberikan definisi mengenai kepemimpinan dan kemudian aku ikuti dengan LDK (latihan dalam kumpulan). Ini terpaksa aku lakukan jesteru suasana dewan ceramah agak sempit dan rimas serta bekalan elektrik yang selalu tergendala. Ceramah diadakan di Chalet Sri Pantai, Melawi, Bachok. Walaubagai bagaimana pun aku seronok sangat-sangat dengan mereka berkongsi pengalaman. LDK dilakukan dengan memberikan beberapa tugasan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 85 pelajar kesemuanya. Mereka merupakan pemimpin kepada persatuan di sekolah yang berkenaan. LDK dibahagikan kepada tajuk perbincangan seperti defini kepemimpinan, jenis pemimpin, sumber pengaruh pemimin, komunikasi yang ideal bagi pemimpin, dan lain-lain. Setiap kumpulan membuat pembentangan masing-masing dan majlis berakhir pada 12.30 tengah malam. Akhirnya aku ingin ucapkan terima kasih kepada pihak PK Ko SMK Sultan Ismail Kota Bharu kerana sudi menjemputku mmberikan ceramah berkenaan. Terima kasih daun keladi ada peluang jemputlah lagi...

Ahad, 3 Mei 2009

MOTIVASI RISDA 2






















Bersama-sama dengan empat buah sekolah iaitu SMK Air Lanas, SMK Kerilla, SMK Pangkal Meleret dan SM Dabong dengan kerjasama RISDA dan Smart Edu aku telah diberikan kesempatan untuk berkongsi dengan pelajar mengenai tajuk Panduan Menghadapi Peperiksaan dan Membina Peta Minda. Program ceamah berkenaan di jalankan di SMK Air Lanas, Jeli Kelantan. Terima Kasih kepada pihak Risda dan Smar Edu kerana menjemput k bersama seoga ada umur jumpa lagi...Insya Allah.