Selasa, 14 April 2009

KUASA IMPIAN DI SMK DEWAN BETA






Seperti biasa pada 14/4/2009 aku telah mejelajahi sampai ke sekolah SMK Dewan Beta. Terima Kasih kepada tuan pengetua Hj Adnan bin Othman kerana telah memberikan peluang kepada ku untuk menyampaikan siri ceramah POWER OF THE DREAM kepada pelajar SMK Dewan Beta. Guru-guru yang proaktif mampu memberikan perangsang kepada pelajar-pelajarnya untuk mengukirkan kejayaan. Alhamdulilah aku sendiri telah melakukan yang terbaik sebagai insan kerdil dibumi Allah ini untuk sama-sama berkongsi pengalaman dengan anak bangsa untuk mencapai kejayaan. Pengalaman dikongsi, ilmu dimanfaati, petua diberi, kejayaan ditemui. Ada juga sekolah-sekolah yang aku temui di mana terdapat guru besarnya tidak memberikan kerjasama untuk memberikan aku peluang menyampaikan ceramah hanya dua jam sahaja dengan pelajarnya Aku tidak rugi apa-apa, cuma aku terkilan kadang-kadang niat ikhlas kita disalahtafsirkan...aku tak putus asa banyak lagi pelajar-pelajar dipendalaman yang perlukan perkongsian ku untuk membina impian dan masa depan yang cemerlang. Aku bangga kerana dapat berkongsi membantu membina modal insan kelas pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan