Ahad, 8 Mac 2009

THE POWER OF DREAM









Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Zainab 1 kerana telah menjemput saya untuk memberikan sedikit ceramah kepada pelajar Tingkatan 6 Atas seramai 50 orang bagi mengisi program selepas peperiksaan pertengahan tahun. Tajuk yang saya sampaikan ialah Kuasa Impian atau "The Power of Dream". Saya memulakan dengan menayangkan lagu klip " I have a Dream" nyanyian semula oleh Kumpulan WestLife. Saya fokuskan kepetingan untuk mempunyai impian untuk mencpai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan bagi menyulam kejayaan lain yang seterusnya. Impian boleh dijadikan sebagai obor yang membakar semangat juangf seseorang. Saya memberikan beberapa sebab kenapa impian perlu dan mencerita beberapa tokoh manusia biasa boleh menjadi luar biasa bila dia mempunyai impian yang jelas. Impian akan membuat manusia merangka strategi, membetuk kepercayaan, membina harapan, melahirkan semua potensi diri bagi mencipta hasil yang besar dalam kehidupan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan