Selasa, 17 Februari 2009

KUASA IMPIAN - THE POWER OF DREAM



Setiap sesuatu kejayaan bermula dengan impian. Impian ibarat obor yang membakar jiwa raga dan semangat untuk memperolehi setiap yang diimpikan. Tanpa impian kehidupan seperti sebuah kapal yang tiada destinasi, tiada kemudi...hanya mengharapkan tiupan angin menentukan arah tuju dan terdamparlah di mana jua.
Bayangkan bagaimana impian seorang pelayar yang bernama Christoper Colombus dan Captain Cook untuk meneroka lautan luas telah menyebabkan penemuan dunia baru.
Pencipta kereta pertama dunia Henry Ford mempunyai impian untuk mencipta sebuah jentera...Bill Clinton ketika belajar di High School di Amerika telah mempunyai impian untuk menjadi seorang Presiden Amerika. Presiden Barack Obama juga memberitahu impian nya kepada kawan-kawan ketika berada di sekolah tinggi di Indonesia bahawa dia ingin menjadi Presiden Amerika sebelum berusia 50 tahun. Dan nyatanya impiannya telah menjadi kenyataan setelah mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerikan Syarikat ke 44 pada 20 Januari 2009 yang lalu. Jelas kepada kita bahawa setiap orang yang berjaya mempunyai impian, dan setiap orang yang mempunyai impian akan berjaya.
Seorang lelaki dengan mengayuh sebuah basikal pada setiap petang ditemui berada di kawasan perumahan yang elit, yang tersergam indah. Saya lantas bertanya kenapa setiap petang datang ke sini...lelaki tersebut lantas menjawab...saya ingin memiliki rumah yang sebiji seperti itu sambil menunjukkan rumah berkenaan. Kemudian beberapa tahun berlalu saya telah menemuinya kembali di satu tempat lain. Lantas saya bertanya apakah dia masih mengingati saya. Ya jawabnya rengkas. Selepas berbual di sebuah kopitiam dia telah memberi tahu saya bahawa dia telah memiliki rumah sebagaimana yang diimpikannya sebelum ini. Alangkah besar kuasa sebuah impian mampu menjanakan kekuatan yang bukan sedikit bagi mengerakkan seluruh jentera jiwa dan raga lelaki tersebut bagi menggapai impian nya. Tapi apalah ertinya sebuah impian kalau tidak disusuli dengan usaha dan keazaman yang kuat. Sebagai pelajar kejayaan haruslah bermula dengan membina impian untuk mencapai kejayaan. Ini mungkin perlukan perancangan dan strategi bagi mencapai usaha tersebut.
Impian hanyalah satu proses. Tetapi ianya begitu penting untuk membantu seseorang untuk mencapai kejayaan. Sejarah silam dan moden membuktikan bahawa terdapat pertalian yang rapat diantara mereka yang mempunyai impian dengan kejayaan yang mereka kecapi. Mereka yang mempunyai impian mempunyai hala tuju yang jelas bagi mencapai impian tersebut. Kuasa impian mendorong mereka bergerak tanpa mengira risiko dan halangan yang perlu ditempuhi asalkan kejayaan mampu digapai. Impian seperti sebuah peta yang menentukan arah kepada kejayaan... Impian memberikan kita sesuatu yang kita idamkan, sebuah kejayaan...sama ada dalam bentuk akademik, peribadi, kerjaya, perniagaan, dan sebagainya. Impian juga membantu anda untuk fokus masa, perancangan, tindakan dan tenaga bagi mencapai impian tersebut. Impian memberikan kuasa dorongan dan motivasi bagi mencapai apa yang anda inginkan dan mempastikan anda terus bergerak sehinggalah impian tersebut tercapai.
Beranilah bermimpi dan laksanakan impian itu. Binalah impian tanpa mempedulikan segala rintangan dan halangan. Sejarah telah membuktikan orang-orang yang mempunyai mimpi besar akan disusuli dengan masalah akhirnya mereka muncul menjadi manusia yang hebat dizamannya. Pemidato tersohor Yunani Demosthenes adalah orang gagap! Ketika ia mencuba untuk berpidato di depan umum buat pertama kalinya, ia ditertawakan oleh seluruh hadirin di dalam dewan. Tetapi, dia memiliki impian untuk menjadi seorang pemidato terhebat. Ia mengejar mimpi itu dan memperkembangkan potensi dirinya. Ada yang mengatakan ia menaruh kerikil di mulutnya dan latihan berbicara di atas suara ombak di tepi pantai. Kegigihannya membawa hasil. Dia menghidupkan mimpinya. Ia menjadi ahli pidato terhebat pada zaman nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan