Jumaat, 16 Oktober 2015

LATIHAN PENGUCAPAN AWAM

Sebelum membuat ucapan untuk ceramah masa dua jam,  penceramah perlu membuat latihan yang sesuai sebelum memulakan ucapan berkenaan. Berlatih sekurang-kurangnya 5 kali  untuk 1 jam persembahan.  Persediaan pula perlu 10 jam. Antara perkara yang perlu berlatih ialah:-

+ Latihan menyusun bahan – salam penghormatan, protokol, preview, ayat pembukaan yang WoW
+ Baca teks, rangka, fahami isi dalam-dalam
+ Fokus bahagian demi bahagian – pembukaan, isi, penutup
+ Latihan intonasi/nada suara
+ Latihan memek muka
+ Latihan pergerakan tangan
+ Mantapkan hafalan isi utama
+ Latihan bersoal jawab
+ Latihan keseluruhan ucapan
+ Latihan penghayatan ucapan
+ Hanya hati dapat menyentuh hati

Ingat: Sesiapa yang naik pentas dengan penuh persediaan

           akan turun pentas  dengan gemuruh tepukan…

Isnin, 3 Ogos 2015

KURSUS "STUDENT CENTERED LEARNING" SCL

Pada tanggal 27-29 Julai 2015 yang lalu saya telah mengendalikan kursus Student Centered Learning (SCL) untuk 44 orang tenaga pengajar/pensyarah Kolej MARA dengan kerjasama Institut Antarabangsa Latihan Keguruan MARA (AILKM). Kursus ini dijalankan di Kinrara Golf and Country Resort.  Saya telah berkongsi 13 kaedah pengajaran di dalam kursus Student Centered Learning. Kaedah pengajaran ini menjadikan student lebih aktif di dalam kelas dan tenaga pengajar banyak bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara proses menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar.





































Sabtu, 31 Januari 2015

‘SENI MENGURUS KONTRAK LATIHAN DENGAN KERAJAAN

Apakah itu proposal. Proposal bolehlah ditakrifkan sebagai satu dokumen cadangan yang berbentuk persuasive bagi menyeesaikan sesuatu masalah atau mendapatkan sesuatu tender, jualan, kontrak atau mungkin menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan. Proposal untuk mendapatkan tender/kontrak latihan yang disediakan oleh penyedia latihan mempunyai format-format yang tertentu yang perlu dipatuhi bagi memudahkan pihak pemberi tender membuat penilaian dan keputusan. Penyediaan proposal yang berkesan dan lengkap akan saya kongsikan dengan peserta dalam kursus
‘SENI MENGURUS KONTRAK LATIHAN DENGAN KERAJAAN”. Kepada yang berminat untuk mengetahui rahsia meneroka lautan biru dibidang kontrak latihan dengan kerajaan mohon komen “SAYA MAHU” untuk dihubungi bagi tujuan pendaftaran...smile emoticon