Ahad, 25 Mac 2012

MENCIPTA SKRIP KOMITMEN








Baru selesai berguru dengan Tuan Shamsuddin Kadir...dari SK Training Academy Sdn... Bhd tajuk Mencipta Skrip Komitment Diri...antara ilmu yang diperkongsikan ialah:-
a) cara bercakap dgn audience
b) cara mempengaruhi audience agar memberikan komitment utk melaksanakan semua hasil training
c) elak gunakan ayat2 yang melukakan emosi dan berbentuk tuduhan
d) tumpukan kepada mengenalpasti risiko
e) bentuk skrip yang merawat risiko sebelum training bermula
f) amalkan "Komunikasi Kecantikan Sosial" dalam berinteraksi

Khamis, 22 Mac 2012

CERAMAH FROM ZERO TO HERO














Pada 22/3/2012 saya telah memberikan ceamah motivasi kepada pelajar KRK SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung Rawang Selangor. Ceramah saya kali ini bertajuk from ZERO 2 HERO. Ceramah ini menekankan soal2 sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang juara dan orang yang berjaya. Dalam ceramah ini saya berkongsi beberapa formula untuk berjaya iaitu H--->E + R = O ; iaitu H bagaimana, E event, R response dan O output. Hasilnya selalunya berkaitan dengan bagaimana tindakbalas kita terhadap sesuatu kejadian.  Saya juga berkngsi semangat jangan putus asa kalau gagal...tukatkan dari SAD --->STRENGTH, FAIL--->FIGHT, BITTER---->BETTER dan ZERO---->HERO.

Sabtu, 17 Mac 2012

CERAMAH SENI UCAPAN MEMUKAU




Pada 16 Mac 2012 bertempat di Dewan Ainon Mohd telah berlangsung Ceramah SENI UCAPAN MEMUKAU yang disampaikan oleh Tuan Fadzli Yusof seorang penceramah hebat. Antara yang dikongsikan ialah beberapa tips mudah utk menjadi ucapan kita mampu memukau audien. Kita perlu memulakan dengan merangka Ucapan spt : Tajuk, Siapa Audien, Sasaran dan Hasil yang diharapkan. Intro Session melibatkan: Intro Statement, Setting-up, Contents, Conclusion dan Closing Statements. Dalam Intro Statement bolehlah dimulakan dgn ucapan terima kasih, bina emosi dgn bercerita/even yg menarik relate dgn audien. Dalam setting-up/Pacing perlu ada fakta yang menarik, berikan audien rasa relax, cerita/anekdot, petikan hikmah. Mengenai Format System dalam ucapan memukau perlu menjurus kepada Why-connet dgn audien, what - imagines/information, how-practice/extend dan Adaptatin-skill, perform. Conclusion tekankan aspek...Why, What, How...manakala Ending Statement ialah fokus kepada Rhetoric question. Bai memukau audien dgn ucapan kita boleh menggunakan 4 teknik iaitu  1) Big Picture ---> Detail, 2) VAKOG Language 3) Pola Ayat Memukau mengikut Pola Milton 4) Maksud Tersirat. Bagi anchoring audience pula perlu ada Stand Spot, Hand Gestures, Wording/Motto...~<3

Khamis, 15 Mac 2012

KURSUS MARKETING UNTUK PEGAWAI PEMASARAN KPTM









Pada 14/2/2012 saya telah menjalankan training untuk kakitangan pemasaran Kolej KPTM bertempat di Ibu Pejabat KPTM Taman Shamelin Perkasa. Dalam sessi sehari ini saya fokus kepada teknik pemasaran menggunakan Internet, memahami organisasi pemasaran kpd entiti syarikat, 7P marketing mix, dan 12 tip pemasaran kolej pendidikan yang berkesan serta kes study...Mehodologi latihan tertumpu kepada ceramah interaktif, aktiviti simulasi, aktiviti dalam kumpulan dan latihan dalam kumpulan. Sambutan sangat terbaik dan majlis tamat jam 5.30 petang.

Selasa, 13 Mac 2012

CERAMAH THE POWER OF DREAM SMK TAMAN BUNGA RAYA 1 PADA 29/2/2012








Pada 29/2/2012 saya telah kendalikan ceramah pendek untuk dua jam bertajuk The power of Dream kpd pelajar KRK SMK Taman Bunga Raya I. Dalam the Power of Dream ini saya menekankan tentang keperluan mempunyai impian atau cita-cita bagi memulakan sebuah kejayaan tercipta. POWER bermaksud kita harus mempunyai POSITIVE, OPTIMIST, WILLINGNESS, ENTHUSIASM, RECHARGE. Sifat-sifat tersebut merupupakan prasyarat bagi seseorang pelajar dan sesiapa sahaja mencapai kejayaan. Mempunyai pemikiran yg POSITIVE sudah tentu mempu melihat semua masalah yang datang sebagai peluang, dengan sifat OPTIMIST kita tidak mudah putus dengan disertakan WILLINGNESS atau kesangupan, semangat ENTHUSIASM yang tinggi. Semua ini harus di RECHARGE setiap masa sebagaimana kita memberikan makan kepada badan fizikal kita.

Rabu, 7 Mac 2012

URUS KETAKUTAN… TINGKAT KEYAKINAN (BURSTING YOUR FEAR)

SINOPSIS PROGRAM

Rasa takut merupakan satu fenomena biasa yang dihadapi oleh manusia dalam pelbagai rupa dan bentuk. Rasa takut yang tidak diuruskan dengan bijaksana akan membantutkan usaha perkembangan potensi diri manusia. Apa pun corak kehidupan , pengalaman , dan di mana sahaja kita berada ketakutan adalah sesuatu yang  kita hadapi. Walau bagaimana pun ketakutan janganlah dijadikan isu yang menghambat diri kita bagi  menjalani kehidupan yang bahagia dan berjaya.  Kursus sehari ini akan berkongsi dengan peserta pelbagai alat yang dapat digunakan untuk menguruskan ketakutan. Kaedah ini InsyaAllah akan mampu meningkat keyakinan, keberanian serta kuasa dalaman diri: kuasa menyayangi, kuasa kejayaan, kuasa memberi dan  kuasa membantu insan lain dengan cara tersendiri. 

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti program ini peserta berupaya untuk:-

a)      Mengetahui secara tepat jenis-jenis ketakutan
b)     Mengetahui 7 mitos tentang ketakutan
c)      Mengubah ketakutan menjadi kuasa hebat
d)     Mengetahui 7 kaedah menguasai semula kuasa diri
e)      Membuat keputusan dengan tepat
f)       Memahami grid kehidupan
g)      Menerima takdir Tuhan
h)     Menyuburkan kuasa memberi
i)        Berani bertanggungjawab.

FAEDAH DARI KURSUS

Sebaik sahaja mengikuti kursus ini peserta  :-

a)berani menerima keputusan yg silap.,
b) mengusir semua perkara2 negatif dalam diri.,
c) berani menerima takdir Tuhan dgn redha.,
d) berani meningkatkan nilai diri.,
e) berani menjadi lebih assertif.,
f) berani menghubungkan dengan kuasadalaman.,
g) berani membina lbh kasihsayang, kepercayaan dan kepuasan.,
h) berani behadapan dengan rintangan hidup.,
i) berani menikmati hidup dgn gembira dan bahagia.,
berani menjadikan impian satu kenyataan.,
j) berani menjadikan hidup anda bermatlamat dan bermakna

  TARIKH
 15 APRIL 2012

 TEMPAT :
 DEWAN AINON MOHD
11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Tel:   03-41425300  Fax: 03- 41427300

 YURAN PENYERTAAN   
 RM150-00




Selasa, 6 Mac 2012

KURSUS KEPEMIMPINAN DAN PERHUBUNGAN MANUSIA

Bertempat di Syarikat Brimal Stampress Engineering Sdn Bhd saya telah menjalankan training/perlatihan/kursus kepada 15 orang penyelia dan pengurus di syarikat berkenaan. Kursus di adakan pada 20 & 21 Februari 2012. Antara modul yang terlibat ialah kemahiran kepemimpinan, definisi, fungsi, peranan pemimpin, sumber pengaruh pemimpin, bagaimana mempengaruhi pengikut, kemahiran kepengikutan, kemahiran komunikasi.