Ahad, 28 November 2010

CERAMAH PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI







Aku berada di Kuantan dari 28-30 Nov 2010 bertempat di Mega View Hotel mengendalikan kursus perkhidmatan PELANGGAN YANG BERKUALITI. Kursus ini menyentuh soal bagaimana seseorang peniaga patut melayani pelanggan. Kursus bermula dengan konsep keusahawanan, maksud pelangan, perkhidmatan pelanggan, jenis-jenis pelanggan, jenis pelanggan bermasalah, komunikasi pelanggan, melayan pelanggan, kepentingan pelanggan kepadaorganisasi dan diri, strategi menangani aduan pelanggan dan mengekalkan pelanggan, layanan telefon terhadap pelanggan. Peserta terdiri dari peniaga dan bakal peniaga di sekitar Maran Pahang.

Jumaat, 12 November 2010

KURSUS ETIKA PENGENDALIAN TELEFON JLKN

















Pada 8-10 November yang lalu bertempat di Kem Permata Resort Alor Gajah Melaka aku mengadakan training untuk 40 kakitangan JLKN mengenai Etika Pengendalian Telefon dan Imej Professional Pengendali Kaunter. Antara tajuk pengisian pada kursus tersebut ialah Meningkatkan kemahiran Komunikasi Lisan Dalam Telefon, Etika dan Kesopanan Menggunakan Telefon, Tatacara dan Strategi membuat dan menerima panggilan telefon, kepentingan pengawalan suara, menjadi pendengar yang baik, penampilan diri dan branding, pengurusan masa dan tekanan kerja, menyempurnakan perkhidmatan kaunter dan menangani pelanggan bermasalah