Sabtu, 4 Disember 2010

Ceramah Motivasi Pegawai BIP















Pada 3-5 hb baru-baru ader mesyuarat Pegawai Bahagian Industri Pertahanan di Taman Negara. Aku telah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi, nilai dan juga etika kerja kepada Pegawai Bahagian Industri Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan semangat dan dorongan kpd pegawai untuk bekerja bagi mencapai sasaran KPI dan memahami nilai2 dan etika yang perlu ada.

Rabu, 1 Disember 2010

Kursus Motivasi NLP











Hari ini menghadiri kursus motivasi NLP kendalian Lin Chatterton seorang sahabat yang ku kenali semasa menjadi Camp Fasilitator di KL Bird baru-baru ini. Kursus selama sehari dihadiri oleh peserta tajaan SME Corp.

Ahad, 28 November 2010

CERAMAH PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI







Aku berada di Kuantan dari 28-30 Nov 2010 bertempat di Mega View Hotel mengendalikan kursus perkhidmatan PELANGGAN YANG BERKUALITI. Kursus ini menyentuh soal bagaimana seseorang peniaga patut melayani pelanggan. Kursus bermula dengan konsep keusahawanan, maksud pelangan, perkhidmatan pelanggan, jenis-jenis pelanggan, jenis pelanggan bermasalah, komunikasi pelanggan, melayan pelanggan, kepentingan pelanggan kepadaorganisasi dan diri, strategi menangani aduan pelanggan dan mengekalkan pelanggan, layanan telefon terhadap pelanggan. Peserta terdiri dari peniaga dan bakal peniaga di sekitar Maran Pahang.

Jumaat, 12 November 2010

KURSUS ETIKA PENGENDALIAN TELEFON JLKN

















Pada 8-10 November yang lalu bertempat di Kem Permata Resort Alor Gajah Melaka aku mengadakan training untuk 40 kakitangan JLKN mengenai Etika Pengendalian Telefon dan Imej Professional Pengendali Kaunter. Antara tajuk pengisian pada kursus tersebut ialah Meningkatkan kemahiran Komunikasi Lisan Dalam Telefon, Etika dan Kesopanan Menggunakan Telefon, Tatacara dan Strategi membuat dan menerima panggilan telefon, kepentingan pengawalan suara, menjadi pendengar yang baik, penampilan diri dan branding, pengurusan masa dan tekanan kerja, menyempurnakan perkhidmatan kaunter dan menangani pelanggan bermasalah

Sabtu, 21 Ogos 2010

PLKN Kumpulan 3 Siri 7






Pada 16-20 Ogos aku telah ditugas utk mendidik anak bangsa dalam Modul Integrasi yang menitik beratkan soal pembinaan perpaduan kaum di Kem Nilam Ehsan Bidor Perak.. Tiga modul utama ialah kebudayaan, keagamaa dan peranan gender lelaki dan perempuan. Ojektif utama ialah supaya pelatih dapat memehami wujudnya kepelbagaian kebudayaan, agama, adat resam, kepercayaan di negara kita. Itulah keindahan negara kita Malaysia