Sabtu, 14 Februari 2009

Majlis Perjumpaan Dgn Pelajar STPM


Pagi tadi aku telah menyampaikan amanat kepada ibu bapa dan pelajar di SMK Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas, Kelantan di mana aku menjadi AJK PIBG kat situ. Dalam amanat aku tekankan betapa ibu bapa mempunyai peranan yang penting untuk menjanakan kejayaan kepada anak-anak mereka. Aku telah membuat satu refleksi di mana ibu bapa dan anak saling berpegangan tangan masing-masing. Saat itu dengan suara yang perlahan, aku memberikan tahu kepada ibubapa bahawa inilah tangan anak-anakmu yang mungkin telah lama kau tidak lagi menggenggaminya. Anak-anak yang dahagakan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa. Kepada anak-anak aku ingatkan bahawa lahirkan mereka kedunia mempunyai satu tugas yang berat untuk menghadiahkan kejayaan. Majlis yang berlangsung 30 minit itu cukup membuatkan mereka meninitiskan air mata termasuk aku sendiri. Seorang pelajar bernama Wan Mohd Shukri yang yatim piatu aku lihat mennangis teresak2 kerana dia tidak mempunyai ibu dan bapa untuk mengenggam tangannya sendiri....tanpa sedari aku turun ke bawah menemuinya memegangnya dan memberikan harapan kepadanya agar belajar bersungguh-sungguh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan