Ahad, 22 Februari 2009

CERAMAH USAHAWAN & PANDUAN TEMUDUGA




Hari ini aku mengadakan satu ceramah pendek bermula dari jam 9.00 pagi 12.00 tengahari. Peserta adalah terdiri sebuah pusat pendidikan swasta di Kelang. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Seminar Tanjung, Akademi Pengajian Melayu, UM. Dalam segment usahawan saya telah menunjukkan satu gambar seekor burung sedang terbang tinggi di angkasa. Peserta dikehendaki memberikan pandangan apakah pengajaran dari seekor burung dalam konteks usahawan. Pelbagai pandangan yang diberikan oleh seramai 139 pelajar lepasan SPM tersebut.
Maka saya dapat rumuskan sifat-sifat burung dalam konteks usahawan tersebut ialah bangun pagi, sihat tubuh badan, terbang tinggi di kaitan dengan visi, yakin rezeki Allah, tidak memilih, tidak malas, tidak putus asa, ada pengetahuan memilih makanan yang tidak beracun, tidak pulang sebelum berjaya, sempurna anggota dan sebagainya. Tuhan mengajar kita sifat haiwan hanya dengan mempelajari dari seekor haiwan. Begitu juga sifat kerja sama atau kerja sepasukan Tuhan mengajar kita melalui masyarakat semut. Semut adalah binatang yang tidak pernah menganggur. Sentiasa bekerja sepasukan...

Slot yang kedua saya memberikan beberapa tips tentang panduan temuduga yang harus diamalkan oleh setiap pelajar. Apa yang penting ialah kita harus memasarkan diri kita sebagai satu produk dengan lebeh mudah "brand yourself". Dalam kaedah menjenamakan diri anda dan memasarkan diri anda. Kita pula boleh belajar dari sekor harimau atau "tiger". Tiger maksud saya disni ialah T- talent, I - interest, G-goal, E- experiences dan R- resources. Begitulah Tuhan mengajar manusia dengan beberapa binatang sebagai panduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan