Jumaat, 6 Februari 2009

BENGKEL BIJAK BELAJAR KAEDAH 7M


Saya cukup percaya bahawa setiap pelajar perlu mempunyai kemahiran belajar untuk menjadi seorang pelajar yang cekap. Seorang pemandu kereta yang cekap sudah tentu telah melalui beberapa jam latihan pemanduan sebelum diberikan lesen untuk memandu sesebuah kereta. Dalam aspek ini kaedah belajar juga harus dikuasai oleh pelajar sekiranya mereka mahu belajar secara pintar dan berkesan. Kepentingan memiliki kaedah dan strategi belajar itulah yang membezakan seseorang pelajar pintar dan sebaliknya. Mereka yang berjaya dengan cemerlang sudah tentu menggunakan teknik dan strategi yang telah diamalkan oleh mereka yang terdahulu yang telah pun berjaya sebelum ini. Langkah-langkah itu telah ditiru dan diadaptasikan dalam proses pembelajaran mereka. Inilah kunci yang perlu dicari oleh pelajar-pelajar yang meletakkan impian dan cita-cita untuk menjadi pelajar terbilang.


Lazimnya seorang guru menyuruh murid-muridnya pulang jangan lupa belajar. Ibu bapa dirumah tidak jemu-jemu menyuruh anak-anak mereka belajar. Tapi apakah ibu belajar sebenarnya. Apakah dengan hanya mengambil buku dan terus membaca sambil menonton TV atau membuat kerja sekolah didepan TV sudah dianggap belajar. Ibu bapa rasa bangga bila melihat anaknya tekun membaca buku. Persoalannya apakah belajar itu sempurna dengan hanya "membaca" buku.


Masa saya di alam persekolahan dulu banyak saya perhatikan sahabat-sahabat saya di asrama yang membaca buku tetapi bila tiba keputusan peperiksaan mereka ini kecundang. Mereka mengeluh kenapa mereka masih gagal sedangkan mereka telah membaca buku. Sekali lagi persoalan adakah dengan membaca itu memberikan kita kaedah bijak belajar.


Beberapa tahun lepas sejak tahun 2003 saya telah mengendalikan Bengkel Bijak Belajar selama satu hari pelajar-pelajar di sekitar Negeri Kelantan. Alhamdullilah sambutan amat menggalakkan. Saya telah berkongsi dengan mereka teknik yang selama ini saya gunakan untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Bengkel yang saya nama 3B itu memperjelaskan Kaedah 7M dalam bagi membina strategi belajar yang berkesan...


Kaedah 7M ini adalah kaedah yang digunakan dalam pendekatan Islam untuk menuntut Ilmu dan diamalkan oleh para sahabat Rasulallah saw. Kaedah ini bermula dengan Mutaalim iaitu mempelajari. Ianya diikuti dengan Mukatab iaitu mencatat, Murajaah iaitu merujuk,Mutlaah iaitu mengulangkaji, Muzakarah perbincangan, mujadalah dan muhaddis iaitu menyebut.

Bengkel sehari yang saya adakan hanya dikenakan sedikit bayaran sahaja. Namun ada sekolah yang tidak berminat katanya pelajarnya tidak mampu membayar sedangkan saya tahu pelajar mampu membeli sekeping kad prabayar pada harga yang sama...Inilah mentaliti sesetengah pengetua atau guru besar yang saya temui. Saya tidak rugi apa-apa cuma saya tidak dapat berkongsi pengalaman dan strategi tersebut dengan pelajar berkenaan... Tunggu....siri seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan