Jumaat, 10 Julai 2009

KURSUS PEMBINAAN IMEJ KORPORAT BAGI PENSYARAH




Dah lama juga aku tidak mengemaskinikan laman blog ku ini. Munngkin kerana sibuk mengendalikan kuliah untuk kursus Sijil Pembangunan Eksekutif (Cert in Executive Development) bagi para graduan yang masih belum bekerja. Namun dalam kesibukan tersebut aku masih sempat mengendalikan training di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang. Kursus berlangsung selama 2 hari dari 8 hingga 9 Julai 2009. Pada permulaan terutama dalam satu hingga 2 dua aku telah mengendalikan dengan lancar. Namun apabila masuk kepada slot yang ketiga aku tergangu dengan komen dari peserta yang rata-rata tidak bagi gemar aku mengendalikan kursus dengan cara membuat latihan dalam kumpulan (LDK). Mereka hanya mahukan banyak input dari saya sebagai Trainer dan tidak begitu gemar dengan kaedah perbincangan dalam kumpulan atau PDK. Methodology pengajaran adalah berbeza antara aku seorang trainer dan juga mereka seorang pensyarah IPGM. Mereka seperti mahukan kaedah di mana memberikan ceramah dan peserta hanya mengambil catatan...Aku yang telah lama berpengalaman dalam mengendalikan trainng ini rasa sedikit terganggu dan sudah hilang tumpuan untuk menjalankan dengan baik sekali. Pada padangan ku sebaik sahaja mereka membuat persembahan hasil dari perbincangan, maka rumusan akan diberikan disitulah input akan diberikan..nampak mereka seperti mahukan aku mengendalikan seperti seorang pensyarah bukan seorang trainer. Akhirnya kursus yang pada awalnya ceria dengan gelagak peserta telah terbantut dengan kehendak urusetia. Jadi terpaksalah aku mengendalikan latihan dengan cara ceramah....dan diselangselikan dengan sessi soal jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan