Sabtu, 27 Jun 2009

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN DI SMKKK 1

Alhamdulilah aku telah diizinkan oleh Allah swt untuk memberikan ceramah kepada seramai 200 ibu bapadan pelajar dari sekolah SMK Kubang Kerian 1 di mana anak-anak mereka merupakan pelajar SRK Skim Rintis Khas sekolah berkenaan. Dalam ceramah tersebut aku memulakan dengan memberikan pujian kepada hadirin di atas kelapangan masa meskipun dalam hujan yang agak lebat. Langkah permulaan mereka datang kesini menggambarkan langkah permulaan bagaimana seorang ibubapa dapat memperkasakan kejayaan anak-anak mereka. Dalam ceramah selama 1 setengah jam tersebut aku menekankan peranan yang boleh dimainkan oleh ibubapa tehadap anak masing-masing antaranya memainkan peranan sebagai penjaga, pemimpin, guru/pendidik kepad anak-anak, kaunselor, dktor, penguatkuasa, pengikut, pnyelesai masalah, kawan, perangsang, pengawas, model dan pendakwah. Inilah antara peranan utama ibubapa dalam usaha untuk memperkasakan kejayaan anak-anak isamping memberikan nafkah zahir seperti makan, minum, tempat tinggal dsb... Terima kasih kepada Pengetua Tuan Hj Raub kerana menjemput saya dan jawatankuasa Kaunseling & Bimbingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan