Hari ini menghadiri kursus motivasi NLP kendalian Lin Chatterton seorang sahabat yang ku kenali semasa menjadi Camp Fasilitator di KL Bird baru-baru ini. Kursus selama sehari dihadiri oleh peserta tajaan SME Corp.
Bersedia berkongsikan pengalaman bagi membangunkan Modal Insan untuk pembangunan diri, organisasi, keluarga, ummah, agama, bangsa dan negara. Bidang kepakaran ialah Komunikasi, Kepemimpinan, Kemahiran Belajar, Etika Sosial, Kerja Sepasukan, Pengucapan Awam, Pembangunan Diri, Kemahiran Keibubapaan, Motivasi, Pemikiran Paralel,Pengurusan Masa, Strategi Pemasaran Perkhidmatan. HUBUNGI SAYA dak4856@yahoo.com atau 013-9635959
Rabu, 1 Disember 2010
Kursus Motivasi NLP
Hari ini menghadiri kursus motivasi NLP kendalian Lin Chatterton seorang sahabat yang ku kenali semasa menjadi Camp Fasilitator di KL Bird baru-baru ini. Kursus selama sehari dihadiri oleh peserta tajaan SME Corp.
Ahad, 28 November 2010
CERAMAH PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI
Aku berada di Kuantan dari 28-30 Nov 2010 bertempat di Mega View Hotel mengendalikan kursus perkhidmatan PELANGGAN YANG BERKUALITI. Kursus ini menyentuh soal bagaimana seseorang peniaga patut melayani pelanggan. Kursus bermula dengan konsep keusahawanan, maksud pelangan, perkhidmatan pelanggan, jenis-jenis pelanggan, jenis pelanggan bermasalah, komunikasi pelanggan, melayan pelanggan, kepentingan pelanggan kepadaorganisasi dan diri, strategi menangani aduan pelanggan dan mengekalkan pelanggan, layanan telefon terhadap pelanggan. Peserta terdiri dari peniaga dan bakal peniaga di sekitar Maran Pahang.
Jumaat, 12 November 2010
KURSUS ETIKA PENGENDALIAN TELEFON JLKN
Pada 8-10 November yang lalu bertempat di Kem Permata Resort Alor Gajah Melaka aku mengadakan training untuk 40 kakitangan JLKN mengenai Etika Pengendalian Telefon dan Imej Professional Pengendali Kaunter. Antara tajuk pengisian pada kursus tersebut ialah Meningkatkan kemahiran Komunikasi Lisan Dalam Telefon, Etika dan Kesopanan Menggunakan Telefon, Tatacara dan Strategi membuat dan menerima panggilan telefon, kepentingan pengawalan suara, menjadi pendengar yang baik, penampilan diri dan branding, pengurusan masa dan tekanan kerja, menyempurnakan perkhidmatan kaunter dan menangani pelanggan bermasalah
Sabtu, 21 Ogos 2010
PLKN Kumpulan 3 Siri 7





Pada 16-20 Ogos aku telah ditugas utk mendidik anak bangsa dalam Modul Integrasi yang menitik beratkan soal pembinaan perpaduan kaum di Kem Nilam Ehsan Bidor Perak.. Tiga modul utama ialah kebudayaan, keagamaa dan peranan gender lelaki dan perempuan. Ojektif utama ialah supaya pelatih dapat memehami wujudnya kepelbagaian kebudayaan, agama, adat resam, kepercayaan di negara kita. Itulah keindahan negara kita Malaysia
Isnin, 2 Ogos 2010
SEMINAR PROJECT APPRAISAL





Pada 30Julai -1 hb Ogos yang lalu aku bersama-sama dengan Efficient Frontier telah menyampai ceramah bertajuk Creativity Thinking and Presentation Skill kepada seramai 30 orang pegawai dan pengurus Koperasi Permodalan Felda Bhd. Seminar dijalankan di Berjaya Golf and Country Club Bukit Tinggi, Pahang.
Khamis, 1 Julai 2010
CERAMAH KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
Alhamdulilahaku selamat menyampaikan ceramah bertajuk "Ibubapa Penjana Kecemerlangan Anak2" kepa lebih kurang 100 orang ibu bapa yang memunyai anak2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR dari Sekolah SK Bukit Kerayung, Kapar, Kelang. Aku memulakan dengan tayagan video Anakku Sazali, dan beberapa video klip tentang pendididkan anak2... Sambutan menggalakkan dengan memberikkan ransangan kpd ibubapa akan betapa pentingnye kejayaan anak dlam pelajaran sebagai jambatan untuk kejayaan masa dpn. Peraan ibu bapa penting utk memberikan sokongan dorongan dan sebagai pendidiplin anak2 di rumah...
Langgan:
Catatan (Atom)