Isnin, 16 April 2018

KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN & BMC

Pada tanggal 12-15 April yang lalu saya dan En Fafiz dari CuteCarry telah diizinkan Allah untuk membuat training dalam kursus Branding dan RP kepada 30 usahawan MARA daerah Kapit Sarawak. Perjalanan yang panjang bermula seawal 6.30 pagi mengambil flight di KLIA2 terus ke Sibu. Perjalanan kapal terbang itu mengmbil masa 2 jam.

Sebaik sampai di Airport Sibu aku dan En Hafiz menambil sarapan di airport sahaja sebelum bergegas dengan teksi ke jeti di Sibu. Tepat jam 11.45 aku menaiki bot sebelum sampai di jeti Kapit jam 3.00 petang.

Sebaik sahaja checkin jam 3.30 petang jauh juga berjalan dari jeti ke Hotel Meligai Kapit itu aku merehatkan badan. Rehat dan pada malamnya kami keluar makan Nasi kerabu di Open Air. Kursus hanya bermula pada 13 dan 14 April. Kami berlepas balik pada 15 April.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan