Ahad, 23 Mei 2010

CERAMAH MOTIVASI SK ASAM JAWA DI UM










Hari ini baru jer selesai memberikan ceramah Smart Study kepada pelajar yang akan menduduki UPSR dari SK Asam Jawa Shah Alam.

Selasa, 18 Mei 2010

CERAMAH PEMANCARAN MINDA PELAJAR






Pada hari ini aku telah memberikan ceramah di SK Seksyen 6 Shah Alam mengenai satu perogram pemancaran minda yang akan dijalankan di Universiti Malaya pada 23/05/2010 ini. Topik ceramah yang aku berikan berkisar kepada The Power of Dream dan sedikit penerangan mengenai strategi belajar yang berkesan...Cikgu Athi dari Institut Sarjana memberikan ceramah tentang bagaimana melakukan Latihan Perkembangan Minda melalui kaedah Psikometrik...

Jumaat, 7 Mei 2010

KELAS INTEGRASI PLKN BIDOR











Sepanjang 5 hari yang lepas 3 - 7 Mei, 2010 aku berada di Kem PLKN Nilam Ehsan Bidor Perak mengendalikan ceramah Kelas Integrasi. Kelas menumpukan kepada Modul Kebudayaan, Keagamaan dan Gender.

Rabu, 28 April 2010

Isnin, 19 April 2010

CERAMAH TIPS BIJAK BELAJAR & PENGURUSAN MASA









Seperti biasa aku mengendalikan ceramah berkenaan di UM pada 18hb anjuran Institut Sarjana. Pelajar dari sekitar sekolah di Kuala Selangor seramai 100 orang sahaja dari tahun 4 hingga 6. Memulakan ceramah agak lewat kerana pelajar berkenaan datang dari jauh...tamat pada petang harinya...Aku mendoakan semua pelajar dpt mangamalkan semua petua yang telah aku berikan utk menjadi belajar yang berjaya...Insya Allah

Sabtu, 10 April 2010

CERAMAH BIJAK BELAJAR






Hari ini masih lagi aku memberikan ceramah bertajuk Bijak Belajar dan Mengurus masa dengan berkesan kepada pelajar dari SK Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor...Kebanyak pelajar adalah mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Aku seperti biasa memfokuskan kepada kenapa kita perlu mempunyai kemahiran untuk belajar dan bagaimana mengamalkan kaedah belajar yang berkesan. Aku juga berkongsi dengan pelejar tersebut dengan teknik membina jadual yang belajar yang berkesan. Kepada semua pelajar aku doakan selamat maju jaya dalam UPSR nanti dengan 5A...InsyaAllah