Bersedia berkongsikan pengalaman bagi membangunkan Modal Insan untuk pembangunan diri, organisasi, keluarga, ummah, agama, bangsa dan negara. Bidang kepakaran ialah Komunikasi, Kepemimpinan, Kemahiran Belajar, Etika Sosial, Kerja Sepasukan, Pengucapan Awam, Pembangunan Diri, Kemahiran Keibubapaan, Motivasi, Pemikiran Paralel,Pengurusan Masa, Strategi Pemasaran Perkhidmatan. HUBUNGI SAYA dak4856@yahoo.com atau 013-9635959
Rabu, 26 Oktober 2016
Khamis, 4 Februari 2016
Jumaat, 16 Oktober 2015
LATIHAN PENGUCAPAN AWAM
Sebelum membuat ucapan untuk ceramah
masa dua jam, penceramah perlu membuat
latihan yang sesuai sebelum memulakan ucapan berkenaan. Berlatih
sekurang-kurangnya 5 kali untuk 1 jam
persembahan. Persediaan pula perlu 10
jam. Antara perkara yang perlu berlatih ialah:-
+ Latihan menyusun bahan –
salam penghormatan, protokol, preview, ayat pembukaan yang WoW
+ Baca teks, rangka, fahami
isi dalam-dalam
+ Fokus bahagian demi bahagian
– pembukaan, isi, penutup
+ Latihan intonasi/nada suara
+ Latihan memek muka
+ Latihan pergerakan tangan
+ Mantapkan hafalan isi utama
+ Latihan bersoal jawab
+ Latihan keseluruhan ucapan
+ Latihan penghayatan ucapan
+ Hanya hati dapat menyentuh
hati
Ingat: Sesiapa yang naik
pentas dengan penuh persediaan
akan turun pentas dengan gemuruh tepukan…
Isnin, 3 Ogos 2015
KURSUS "STUDENT CENTERED LEARNING" SCL
Pada tanggal 27-29 Julai 2015 yang lalu saya telah mengendalikan kursus Student Centered Learning (SCL) untuk 44 orang tenaga pengajar/pensyarah Kolej MARA dengan kerjasama Institut Antarabangsa Latihan Keguruan MARA (AILKM). Kursus ini dijalankan di Kinrara Golf and Country Resort. Saya telah berkongsi 13 kaedah pengajaran di dalam kursus Student Centered Learning. Kaedah pengajaran ini menjadikan student lebih aktif di dalam kelas dan tenaga pengajar banyak bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara proses menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar.
Langgan:
Catatan (Atom)














































