Isnin, 19 April 2010

CERAMAH TIPS BIJAK BELAJAR & PENGURUSAN MASA









Seperti biasa aku mengendalikan ceramah berkenaan di UM pada 18hb anjuran Institut Sarjana. Pelajar dari sekitar sekolah di Kuala Selangor seramai 100 orang sahaja dari tahun 4 hingga 6. Memulakan ceramah agak lewat kerana pelajar berkenaan datang dari jauh...tamat pada petang harinya...Aku mendoakan semua pelajar dpt mangamalkan semua petua yang telah aku berikan utk menjadi belajar yang berjaya...Insya Allah

Sabtu, 10 April 2010

CERAMAH BIJAK BELAJAR






Hari ini masih lagi aku memberikan ceramah bertajuk Bijak Belajar dan Mengurus masa dengan berkesan kepada pelajar dari SK Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor...Kebanyak pelajar adalah mereka yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini. Aku seperti biasa memfokuskan kepada kenapa kita perlu mempunyai kemahiran untuk belajar dan bagaimana mengamalkan kaedah belajar yang berkesan. Aku juga berkongsi dengan pelejar tersebut dengan teknik membina jadual yang belajar yang berkesan. Kepada semua pelajar aku doakan selamat maju jaya dalam UPSR nanti dengan 5A...InsyaAllah

Sabtu, 3 April 2010

CERAMAH PROGAM PENYELARASAN TENAGA MUDA











Dah tiga hari aku berada di Kem Aura Bachok Kelantan kerana mengendalikan kursus kepada pegawai Belia & Sukan serta NGO Negeri Perak. Kursus bermula dari 1 - 3 April, 2010 itu dihadiri seramai 50 orang peserta dan urusetia JBS & NGO Perak tersebut. Aku mengisi slot ceramah Kepemimpinan, Kepengikutan, Kerja Sepasukan dan Komunikasi Interpersonal.

Sabtu, 27 Mac 2010

CERAMAH TEKNIK BELAJAR BERKESAN







Alhamdullilah pada hari ini aku sempat memberikan ceramah teknik belajar berkesan kepada pelajar dari kawasan Kuala Selangor dan Kampar yang akan menduduki peperiksaan tahun tahun ini. Penumpuan kepada beberapa keperluan untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. Antara topikutama yang disentk kenapa perlu belajar kaeahbelajar,bagaimana mengingati fakta, belajar secara berkumpulan, mengambilnota, jenis2 nota,mengulang kaji dsb.

Isnin, 15 Mac 2010

CERAMAH KEUSAHAWANAN & TIPS TEMUDUGA











Pada 14hb March aku telah dijemput memberikan ceramah kepada 100 orang pelajar lepasan SPM di sekitar Shah Alam dan Klang Selangor tentang Keusahawaba dan Tips Temuduga. Dalam dua segment ini aku mengupas isu kepentingan menjad usahawan, usahawan dari perspektif Islam, sifat2 seoang usahawan ciri-ciri usahawan berjaya, kompetensi seorang usahawan dan sebagainya. Bagi taju TIPs temuduga aku menyentuh tentang persiapan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Ini semua penting untuk dikongsi dengan pelajar lepasan SPM yang perlu menghadiri banyak temuduga selepas ini.

Selasa, 23 Februari 2010

KURSUS ESQ DENGAN MOF

Pada 23 aku bersama dengan En Zainal Principal ZAOS telah mengendalikan program ESQ untuk pegawai kategori 44-52 Kementarian Kewangan (MOF). Program yang dijalankan hanya selama sehari tidak mencukupi bagi kai berdua untuk menghabiskan kesemua 7 modul.Antara 7 modul yang disampaikan tersebut termasuklah Konsep Kecemerlangan Emosi & Kerohanian, Analisa Diri dan Acuan Minda ESQ, Membina Kepercayaan, Pusat Penghayatan & Agenda Kehidupan, Pelan Tindakan Bersinergi, Tujuh Kekuatan ESQ dan Menghidupkan ESQ

Ahad, 7 Februari 2010

CERAMAH MOTIVASI THE POWER OF DREAM










Pada hari ini aku telah memberikan ceramah kepada 65 orang pelajar yang menduduki UPSR dari sekitar Shah Alam. Terima akasih ingin kuucapkan kepada pihak Institut Sarjana yang telah menjemputku untuk memberikan ceramah tersebut yang berlangsung si Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.