Rabu, 16 Disember 2009

KURSUS KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH































Aku telah memberikan ceramah dalam satu program Kebolehpasaran Graduan IPT yang diadakan di Kolej Komuniti Temerloh Pahang mulai dari 15 - 17 Disember, 2007. Ada sembilan Modul yang disampaikan selama 3 hari tersebut. Antaranya Budaya dan ciri keusahawanan, kreativiti dan inovasi, penubuhan perniagaan, komunikasi interpersonal dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Seramai 49 peserta tahun akhir kursus Sijil Reka Fesyen, Penyelenggaraan Bangunan dan Teknologi Maklumat dari Kolej Komuniti Temerloh yang terlibat.

Ahad, 8 November 2009

KURSUS USAHAWAN YKK







Pada 5hb pula aku berada di PCB Resot memberikan ceramah kepada pelajar kolej komuniti MARA atas tajuk Jati Diri Usahawan. Peserta adalah terdiri dari belia dalam kursus jahitan dan membaiki telefon. Aku memulakan ceramah dengan menayangkan video burung sedang terbang. Peserta diminta untuk memberikan pengajaran dalam aspek usahawan darai seekor burung tersebut.

KURSUS BELIA KESEDAR











Pada 2hb November yang lepas aku berada di Hostal Pantai PCB Kota Bharu Kelantan untuk memberikan ceramah kepada peserta belia dari KESEDAR. Tapik yang disampaikan ialah Muhasabah Diri. Aku menekankan betapa pentingnya kita menjalankan muhasabah diri bagi mencapai objektif hidup dan membina masa depan yang cemerlang. Muhasabah boleh dilakukan dengan membetulkan Matlamat, Usaha, Hijrah, Azam, Sikap, Amal soleh, Berani, Asah bakat, Halangan diatasi.

Jumaat, 30 Oktober 2009

PRESENTATION CLASS 5 CERT IN EXECUTIVE DEVELOPMENT



















The final session with class 5 Certificate in Executive Development program ended with the group perentation. There were 5 groups all together presenting their respective business proposal for our assessment. The evaluation will focus more on the application of presentation skill, public speaking, contents of the proposal, structure and format of the business proposal, the understanding of the tiopics presented, time taken and the ability of the group to interact with the audience and son on.

CERAMAH KETUA ISI RUMAH KESEDAR















































































Pada 26 dan 27 Okt 2009 baru-baru ini aku kembali ke Kelantan untuk memenuhi jumputan ceramah oleh Kesedar atas tajuk MUHASABAH DIRI. Peserta adalah terdiri daripada ketua Isi Rumah KESEDAR Gua Musang Kelantan. Program dijalankan oleh konsultant SMART EDU. Setiap siri terdiri daripada 70 peserta dijalankan selama 3 hari dua malam sahaja.

Isnin, 12 Oktober 2009

FINAL PRESENTATION CLASS 4 CERT IN EXECUTIVE DEVELOPMENT












Aku telah mengakhiri kuliah Kelas 4 Kursus Cert in Executive Development dengan setiap peserta membentangkan Final Presentation masing-masing dalam bentuk power point. Tajuk yang diberikan ialah setiap peserta dikehendaki membina sebuah Business Plan masing-masing. Presentation ini akan memberikan kemahiran kepada peserta mengaplikasi semua ilmu yang telah diajarkan sepanjang kursus yang telah berjalan tiga bulan untuk kumpulan mereka dari 9hb Julai hingga 9 hb Oktober 2009.