Jumaat, 16 Oktober 2015

LATIHAN PENGUCAPAN AWAM

Sebelum membuat ucapan untuk ceramah masa dua jam,  penceramah perlu membuat latihan yang sesuai sebelum memulakan ucapan berkenaan. Berlatih sekurang-kurangnya 5 kali  untuk 1 jam persembahan.  Persediaan pula perlu 10 jam. Antara perkara yang perlu berlatih ialah:-

+ Latihan menyusun bahan – salam penghormatan, protokol, preview, ayat pembukaan yang WoW
+ Baca teks, rangka, fahami isi dalam-dalam
+ Fokus bahagian demi bahagian – pembukaan, isi, penutup
+ Latihan intonasi/nada suara
+ Latihan memek muka
+ Latihan pergerakan tangan
+ Mantapkan hafalan isi utama
+ Latihan bersoal jawab
+ Latihan keseluruhan ucapan
+ Latihan penghayatan ucapan
+ Hanya hati dapat menyentuh hati

Ingat: Sesiapa yang naik pentas dengan penuh persediaan

           akan turun pentas  dengan gemuruh tepukan…