Isnin, 3 Ogos 2015

KURSUS "STUDENT CENTERED LEARNING" SCL

Pada tanggal 27-29 Julai 2015 yang lalu saya telah mengendalikan kursus Student Centered Learning (SCL) untuk 44 orang tenaga pengajar/pensyarah Kolej MARA dengan kerjasama Institut Antarabangsa Latihan Keguruan MARA (AILKM). Kursus ini dijalankan di Kinrara Golf and Country Resort.  Saya telah berkongsi 13 kaedah pengajaran di dalam kursus Student Centered Learning. Kaedah pengajaran ini menjadikan student lebih aktif di dalam kelas dan tenaga pengajar banyak bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara proses menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar.