Ahad, 1 April 2012

KURSUS PROFESSIONAL LEARNING FACILITATOR (PLF) SIRI 2012/1



























Alhamdullilah saya telah selesai berguru dengan Sifu Mohd Rizal Hassan dari Take-Charge Sdn Bhd dalam bidang Professional Learning Facilitator (PLF) bermula dari 30/3/ hingga 1/4 baru-baru ini. Kursus ini saya hadiri sebagai sebahagian perkembangan diri saya sendiri untuk mendalami ilmu perlatihan/training/fasilitator dan seumpamanya. Kursus ini di adakan di Giant Training Center, di Hypermarket Giant, Bandar Kinrara. Pada hari pertama 30/3/2012 program di isi merangkumi aspek Diri Presenter. Bermula dengan memahami konsep The Mind, Body and Spirit of the Trainer. Memahami antara Train/Learn, Training/Learning, Trainer/Learning Facilitator. Kemudian saya diperkenalkan dengan LEARN MODEL. Pada hari kedua Modul berkenaan dengan The Presentation. Dalam slot ini diisi dengan bagaimana membina modul pembelajaran, persembahan modul, pengurusa pentas, muzik, prop, aktiviti, mengurus audience, seni membuat debriefing. Pada hari ketiga perlatihan difokuskan kepada Perniagaan. Antara kandungannya termasuklah menjenamakan diri anda, perkhidmatan, mengurangkan kos, mengiklankan perkhidmatan, memasarkan perkhidmatan, berurusan dengan pelanggan, dan seterusnya mengekalkan perniagaan.