Sabtu, 27 Jun 2009

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN DI SMKKK 1

Alhamdulilah aku telah diizinkan oleh Allah swt untuk memberikan ceramah kepada seramai 200 ibu bapadan pelajar dari sekolah SMK Kubang Kerian 1 di mana anak-anak mereka merupakan pelajar SRK Skim Rintis Khas sekolah berkenaan. Dalam ceramah tersebut aku memulakan dengan memberikan pujian kepada hadirin di atas kelapangan masa meskipun dalam hujan yang agak lebat. Langkah permulaan mereka datang kesini menggambarkan langkah permulaan bagaimana seorang ibubapa dapat memperkasakan kejayaan anak-anak mereka. Dalam ceramah selama 1 setengah jam tersebut aku menekankan peranan yang boleh dimainkan oleh ibubapa tehadap anak masing-masing antaranya memainkan peranan sebagai penjaga, pemimpin, guru/pendidik kepad anak-anak, kaunselor, dktor, penguatkuasa, pengikut, pnyelesai masalah, kawan, perangsang, pengawas, model dan pendakwah. Inilah antara peranan utama ibubapa dalam usaha untuk memperkasakan kejayaan anak-anak isamping memberikan nafkah zahir seperti makan, minum, tempat tinggal dsb... Terima kasih kepada Pengetua Tuan Hj Raub kerana menjemput saya dan jawatankuasa Kaunseling & Bimbingan.

Isnin, 22 Jun 2009

PJKN Siri 1/2009





































Aku telah mengendalikan Ceramah PJKN untuk Siri 1/2009 dari 29/5/09 hingga 4/06/2009 bagi pelajar-pelajar dari Parlimen Rantau Panjang yang terdiri daripada 4 buah sekolah iaitu SMK Rantau Panjang, SMK Gual Periok, SMK Tiang Chandi dan SMK Meranti. Jumlah peserta adalah seramai 80 orang. Topik yang selalu aku berikan ialah kepemimpinan, kepengikutan, kemonikasi interpersonal berkesan, pengurusan projek komuniti dan keusahawanan.

Kelas Cert Executive Development Class 1
























































Hari ini aku telah selesaikan kuliah kursus Certificate in Executive Development bg Class 1 tajuk Developing Creativity Thinking. Antara topik yang dibincangkan ialah definisi kreativiti, halangan kepada kreativiti, kenapa kita perlu mempunyai sifat kreativiti, bagaimana membina sifat kreativbiti dalam diri, alamt-alat membina kemahiran berfikir, lateral thinking dan kaedah pemikir Enam Topi. Methodologi disampaikan melalui ceramah dan juga lathihan dalam kumpulan (LDK) dan Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK)

Rabu, 17 Jun 2009

Ceramah Lateral Thinking Di Johor Bharu






Pada awal tahun 2009 aku telah dijemput untuk mengendalikan ceramah satu hari dengan sebuah anak syarikat Johor Corporation bertajuk Lateral Thinking. Program selama sehari tersebut diadakan di Hotel Selesesa Johor Bharu.

Kursus Certificate in Executive Development Class 2




















Aku juga menjadi tenaga pengajar bagi kursus Certificate in Executive Development yang diadakan selama 3 bulan bagi setiap siri. Sekarang ini telah pun ada pelajar dari Class 1 and Class2. Subjet yang aku ajarkan ialah Problem Solving and Decision Making, Project Management, Business Culture, Communication, Creative Thinking, Management, Marketing dan Leadership

KEM MOTIVASI KENDIRI KEMAS















































Maaf dah lama sangat aku tak update halaman blog ini kerana sibuk berada di kem Aura menjalankan Motivasi Kendiri Kemas dengan pelajar dari Sekolah SMK Kubang Kerian 1 dan SMK Kedai Buloh Kota Bharu Kelantan dari 4-6 dan 11-13 Jun 2009 baru -baru ini. Topik yang aku berikan ceramah pada mereka ialah tentang mengenal diri, komunikasi berkesan dan penetapan matlamat.